MyProcurement!

Aplikasi ini dibangunkan berdasarkan portal MyProcurement yang diwujudkan sebagai mekanisme bagi meningkatkan ketelusan dalam sistem perolehan Kerajaan dan menjadi medium utama untuk menyebarkan maklumat perolehan Kerajaan kepada orang ramai. Aplikasi ini menyediakan senarai iklan, keputusan tender dan lain lain maklumat berkaitan perolehan seperti dasar, prinsip, had nilai perolehan, peraturan perolehan, dan proses tender. Pengguna diharapkan akan menggunakan maklumat ini dengan berhemah dan bertanggungjawab.