Carian Istilah!

Aplikasi Carian Istilah merupakan inisiatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dibangunkan bertujuan sebagai sebuah medium untuk memudahkan pengguna mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah bidang-bidang yang tertentu berserta dengan maknanya. Antara bidang yang dimuatkan dalam aplikasi ini ialah bidang sains dan teknologi dan bidang sains sosial dan kemanusiaan. Info - memaparkan maklumat ringkas berkenaan aplikasi Carian Istilah seperti alamat, peta dan halaman sumber istilah.